Cart 0

Kenapa anak pokok perlu dihantar secara bareroot?

Jawapannya adalah kerana tanah medium dalam polybeg berisiko menyebarkan penyakit dan serangga perosak dari satu ke satu tempat yang lain. Lebih-lebih lagi penyakit yang senang merebak dan sukar dirawat. Serangga perosak seperti cacing, semut dan siput babi pula akan menyukarkan aktiviti penghantaran pihak courier sekiranya tersesat masuk dalam bungkusan. Cuba bayangkan semut-semut keluar dari bungkusan dan merayap ke bungkusan pihak courier yang lain. Tentu sekali menyusahkan banyak pihak!

Kerana itula, kami memastikan akar dibersihkan, atas daun dan bawah daun bebas serangga sebelum dibungkus kemas. 

#dinkebun



Newer post